Assalamualaikum,
Masih bercerita tentang Majlis pelancaran Baba's Versus 1001 Rasa pada 12hb Oktober yang lalu. Setiap tetamu yang hadir diberi buah tangan istimewa berupa Apron dan rempah ratus keluaran syarikat Baba products (M) Sdn Bhd iaitu seperti rempah briyani, serbuk kurma mix, serbuk kari daging dan serbuk kari ikan.
Saya memang pengguna setia rempah ratus keluaran baba's sebelum ini dan rempah ratus yang diberi itu melengkapkan satu masakan hidangan tengahari untuk keluarga sebaik sahaja saya tiba dirumah. Untuk resipi Kari ikan boleh klik diSINI dan resipi pajeri nenas utara klik diSINI. NASI BRIYANI Bahan A3/4 cawan minyak sapi6 sudu besar biji gajus | 3 sudu besar kismis 1 labu bawang besar - dihiris | 1 biji tomato di potong dadu | 5 sudu besar kisaran bawang putih & halia(pes)
Bahan B½ ekor ayam dipotong sederhana 3 sudu besar rempah briyani baba's 6 cawan beras basmathi (1 KG) - dibasuh dan toskan 6 cawan air (1450ml)Garam secukup rasa2 - 3 helai saffron4 sudu besar hirisan daun pudina4 sudu besar hirisan daun ketumbar
Cara memasak :
1. Panaskan minyak sapi didalam periuk dan tumiskan semua bahan A sehingga naik aroma (dalam 2 minit)
2. Masukkan daging ayam dan masak dengan api sederhana (dalam 5 minit)
3. Gaulkan rempah briyani babas dengan beras basmathi dan kacau dengan perlahan iaitu kira-kira 2 minit.
4. Masak nasi tersebut didalam periuk nasi dan tambahkan garam dan air.
5. Tambahkan saffron sebelum nasi masak sepenuhnya, hiasi dengan daun pudina dan ketumbar dan hidangkan.AYAM MASAK KURMABahan A (untuk menumis)2 sudu besar minyak sapi½ inci kulit kayu manis | 1 bunga lawang | 2 bunga cengkih |2 buah pelaga
Bahan B
1 labu bawang besar - di mayang
1 tangkai daun kari
1 biji tomato - di potong empat
Bahan Kisar : 4 ulas bawang putih + 4cm halia = jadikan pes
Bahan C
½ ekor ayam - dipotong
1 paket serbuk kurma Baba's - 25gm
Garam secukup rasa
2 cawan air
2 biji kentang - dipotong empat
½ cawan santan pekat
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan A dalam minyak sapi hingga wangi dan masukkan semua bahan B. Kacau dalam 5 minit.
2. Masukkan pula ayam,serbuk kurma Baba's, garam dan sedikit air. Kacau lagi hingga sebati (kira-kira 5 minit)
3. Tambahkan kentang dan air selebihnya, tutup periuk dan biarkan masak selama lebih kurang 15minit.
4. Setelah kuah mendidih dan ayam serta kentang empuk, masukkan santan kedalam periuk dan renihkan selama lebih kurang 2 minit. Perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan.
AYAM BAKAR BEREMPAHResipi asal : Chef HanielizaBahan1/2 ekor ayam 2 sudu besar rempah kari (Saya guna rempah kari daging Baba's)2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos cili1 sudu besar serbuk lada hitamgaram secukup rasa
Bahan dikisar halus1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia
Cara Membuat :1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.
Tips :Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 hingga 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian (tidak perlu pusingkan ayam).
Artikel keren lainnya: