Assalamualaikum,
Tengahari begini kalau dapat rasa nasi kerabu memang sedaplah kan. Ada berbagai versi resipi nasi kerabu yang dikongsikan oleh teman-teman blogger yang lain dan ini adalah versi yang simple dan tak cukup set. Nasi kerabu yang saya buatkan ini pun agak kurang menyerlah warna birunya kerana bunga telang yang adapun hanya 10 kuntum yang diberi oleh sahabat saya yang turut memberi benih bunga telang untuk disemai. Alhamdulillah, sekarang pokok yang disemai mula menjalar dan mengeluarkan kuntum. Nanti mudahlah nak buat nasi kerabu lagi.
Walaupun tidak ada daging bakar, sambal tumis kelapa dan keropok ikan dalam set nasi ini ianya tetap sedap dan menyelerakan. Jom jamu mata lihat gambar dan resipi. InshaAllah next time saya shoot lagi resipi nasi kerabu ini dengan resipi yang lebih lengkap.
NASI KERABU
NASI
2 cawan beras
Air secukupnya untuk masak nasi (dalam 2 ½ cawan)
20 kuntum bunga telang - diramas dan perah airnya
2 helai daun pandan
1 batang serai - pilihan
2 helai daun limau purut - pilihan
Cara membuatnya :
1. Cuci beras.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit dalam periuk elektrik.
3. Masukkan daun pandan dan serai, lalu masak nasi seperti biasa.
IKAN GORENG TEPUNG
7 ekor ikan kembung
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1/3 cawan air
1 ½ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Campurkan tepung, telur dan garam ke dalam air dan digaul rata. (gunakan spatula atau pengisar supaya tepung tidak berketul)
Celupkan ikan dan goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan toskan.
SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 ekor ikan kembung
1 batang serai
4 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih
½ inci halia
15 biji lada hitam
Gula melaka
1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
1. Rebus ikan dengan air yang sedikit. Setelah masak, keluarkan isinya dan tumbuk lumat. Kisar serai, bawang merah, bawang putih dan serai. Lada hitam pula ditumbuk sehingga hancur.
2. Goreng kelapa tanpa minyak menggunakan api kecil sehingga bewarna coklat. (jangan berhenti mengacau kerana kelapa akan mudah hangus. Kemudian, campurkan isi ikan, bahan kisar, lada hitam, gula merah dan garam. Gaul sehingga semuanya rata. Kacau seketika lagi sehingga masak sepenuhnya.
SAMBAL LADA
10 tangkai cilipadi
1 sudu besar cuka
2 biji cili merah
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Kisar semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Artikel keren lainnya: