Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu untuk semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini. Kalau tak kemana-mana hari ini apa kata buat cream puff untuk minum petang dengan keluarga. Tak susah sebenarnya nak buat creampuff ini dan rasanya pun sedap. Anak-anak pasti suka.
Untuk Resipi creampuff saya kali ini tidak disertakan langkah demi langkah cara membuatnya tetapi boleh rujuk ke entry Creampuff jagung yang saya buat sebelum ini. Sila KLIK disini ya.
Ok jom kita tengok resipi cream puff dibawah ni.
1. Siapkan Loyang dengan menyapu majerin dan alaskan kertas kek. Ketepikan seketika.
2. Masak air bersama mentega sehingga larut kemudian masukkan tepung. Kacau sehingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
3. Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut. Masukkan dalam piping beg yang telah dipasang nozel untuk cream puff dan paipkan pada Loyang. Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing.
4. Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan. Seterusnya belah cream puff, Masukkan krim kedalam nozel berasingan dan picit krim kedalam kulit cream puff.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
1. Masak kesemuanya dengan api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan kemudian sejukkan seketika.
2. Masukkan dalam piping beg dan picitkan inti kedalam belahan kulit puff tadi.
3. Ayak nipis gula icing keatas cream puff dan hidangkan.
Artikel keren lainnya: