Assalamualaikum,
Salam jumaat yang penuh barokah. Saya teruskan dengan perkongsian Biskut Mentega Rangup, pada hari ini. Biskut ini sangat simple, rangup dan cair dimulut.
Jom tengok resipi dibawah ini :)
BISKUT MENTEGA RANGUP
Bahan-bahan
250gm mentega
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
250gm tepung gandum
Cara membuatnya :
1.Panaskan oven pada suhu 180’c dan lapik loyang dengan kertas kek.
2. Masukkan mentega kedalam mangkuk besar dan pukul dengan mixer hingga berkrim. Masukkan pula gula icing, esen vanilla dan pukul lagi hingga adunan menjadi putih dan berkrim.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan spatula hingga menjadi adunan. Seterusnya masukkan adunan tersebut kedalam plastik segitiga yang telah dipasang acuan berbentuk bintang bersaiz 1cm.
4. Picit adunan keatas loyang mengikut bentuk yang disukai. Lakukan dengan cepat kerana adunan akan menjadi semakin keras dan sukar untuk dipicit.
5. Bakar selama 10 hingga 12minit atau sehingga biskut menjadi agak keperangan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan kedalam bekas kedap udara.
Artikel keren lainnya: