Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ekor ayam dilumur garam+kunyit & goreng separuh masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato dibelah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (ikut selera jika tidak suka pedas)
Minyak utk menumis
Kacang peas (optional)
Bahan-bahan dikisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15-20 tangkai cili kering direbus sebentar dan dikisar
Bahan-bahan dihiris:
3 biji bawang besar (recommended bawang holland)
5 ulas bawang putih
2 cm halia dihiris jadi 3 keping
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian, masukkan bahan kisar dan gaul rata.
2. Kemudian, masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
3. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Kacau rata dan biarkan sebentar.
4. Kemudian, masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas itu, masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
5. Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa sudah sebati, dan warna pun sudah cantik, bolehlah ditutup api.
6. Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
Artikel keren lainnya: