Assalamualikum,
Haa...hari ini menu yang acah-acah suasana hari raya sedikit iaitu Biskut Arab Susu. Padahal baru minggu lepas saya buat biskut ini untuk anak bawa pulang ke asrama dan habiskan susu tepung yang masih berbaki. Kalau biar tersimpan lama-lama pun lemau dan keras je dalam balang, ada baiknya lah buat biskut. Lagipun resipi biskut arab susu ni sangat-sangat mudah. Campur je semua bahan...bulat-bulatkan, letak ceri dan bakar dalam oven.
Bila biskut dah masak, golekkan dalam gula icing sampai gebu ye sebab adunan dalam biskut ni tak gunakan gula. Kalau kurang disalut dengan gula icing memang kurang manislah jawabnya. Gambar dibawah ini agak kurang 'berbedak' sedikit kerana saya hanya ayak gula icing keatas biskut sebelum sesi fotografi.
Resipi Biskut Arab Susu ini saya ambil dari blog yatiememories. Terima kasih ye yati kalau membaca entry ini dan izinkan saya berkongsi resipi disini pula :). Jom kita lihat bahan-bahannya dan selamat mencuba.
BISKUT ARAB SUSU
Bahan-Bahan
2 cawan susu tepung (Saya guna susu NESPRAY)
2 cawan minyak Sapi (tak perlu di cairkan dulu)
Sedikit garam
7 cawan tepung gandum(di ayak)
Ceri merah dan hijau secukupnya - potong kecil-kecil
Gula aising ( Untuk digaul biskut bila dah masak sahaja)
Cara membuatnya :
1. Campurkan susu tepung, minyak sapi dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil, hias dengan ceri dan bakar hingga masak (15- 20min) pada suhu 180' C.4. Bila biskut dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.
Artikel keren lainnya: