Assalamualaikum,
Hari ini awal datang semangat nak update blog. Terfikir-fikir nak mula dari mana agaknya ya. Ibarat rumah yang dah lama ditinggalkan penuh bersawang, bingung juga nak start berkemas dari mana dulu. Bila saya godek-godek gambar di draft, rasanya saya patut mulakan berkongsi gambar-gambar yang tersiar di Majalah Saji sebelum ini kerana resipinya pun dah siap sedia dalam file, dan ianya menjimatkan masa untuk mengarang dan edit. Cuma tak adalah disediakan step by step langkah membuat resipi ini kerana untuk photoshoot Majalah selalunya cuma ambil gambar final sahaja sesuai dengan kehendak pengarang.
Baiklah untuk pagi ini saya ingin berkongsi resipi bubur butir nangka, iaitu pemanis mulut dari pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Asyik masak makanan utara je kan, sesekali nak juga cuba masak resipi dari negeri lain. Jom try buat bubur butir nangka. Pastinya sedap dan mudah disediakan.
BUBUR BUTIR NANGKA
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
2 helai daun pandan
Beberapa titis pewarna hijau dan merah
Air untuk merebus secukupnya.
Bahan-bahan untuk kuah:
1 biji santan kelapa (800ml)
½ cawan gula pasir (kalau suka manis lebihkan)
½ sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK KUAH
1. Satukan kesemuanya kedalam periuk dan sentiasa kacau hingga mendidih tetapi jangan sampai pecah minyak. Setelah siap ketepikan seketika.
CARA NAK BUAT BUTIR NANGKA
1. Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 cawan air dan uli hingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan satu adunan dengan warna hijau & satu lagi dengan warna merah.
3. Jerang air dalam periuk dan masukkan daun pandan. Biarkan sehingga air mendidih sambil gentelkan adunan tadi menjadi bentuk bujur sebesar jari manis.
4. Masukkan adunan kedalam air mendidih dan setelah butir nangka terapung, maksudnya ia telah masak. Sejatkan & masukkan ke dalam kuah santan tadi dan sedia untuk dinikmati.
Artikel keren lainnya: